Puluhan tertimbus lombong emas di Indonesia runtuh

Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.
Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Seorang pelombong disahkan terbunuh dan puluhan lagi tertimbus dalam runtuhan lombong emas haram di Indonesia.

Pasukan penyelamat di pulau Sulawesi bergegas mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan batu selepas ia menyebabkan tanah runtuh pada petang semalam.

Sekurang-kurangnya satu mayat ditemui dan 13 yang lain cedera di kawasan Bolaang Mongondow, Sulawesi Utara, kata kenyataan.

“Ketika puluhan orang sedang melombong emas di lokasi ini, tiba-tiba rasuk dan papan penyokong pecah kerana keadaan tanah yang tidak stabil.

"Dianggarkan 60 orang tertimbus di bawah runtuhan tanah dan batu," kata jurucakap agensi bencana Sutopo Purwo Nugroho.

Nasib kesemua mangsa runtuhan yang masih terperangkap belum diketahui. - AFP

Artikel Berkaitan: