X

Kindly register in order to view this article
!

Cuba seludup dadah dalam kawasan PKPD

Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya dua individu secara berasingan di kawasan PKPD di Pangsapuri Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada Khamis.
A
A

KLANG - Gerak geri mencurigakan dua lelaki di luar pagar kawat duri membongkar cubaan menyeludup masuk dadah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi, di sini pada Khamis,

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, cubaan itu dikesan berasingan pada jam 6.50 petang dan 7.30 petang.

"Suspek pertama ditahan selepas dilihat mencurigakan di luar pagar kawat duri berdekatan Blok G pangsapuri terbabit.

"Pemeriksaan kemudian menemui satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 1.35 gram dalam genggaman tangan suspek," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tambah beliau, tangkapan suspek kedua dibuat di luar pagar kawat duri dan berhampiran Blok E.

Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya dua individu secara berasingan di kawasan PKPD di Pangsapuri Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada Khamis.
Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya dua individu secara berasingan di kawasan PKPD di Pangsapuri Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada Khamis.

Katanya, pemeriksaan menemui satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu dianggar seberat 0.17 gram.

"Siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek warga tempatan berusia 31 tahun dan 33 tahun itu adalah daripada geng berlainan. Siasatan masih dijalankan untuk mengesan pembeli dadah terbabit.

"Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga Isnin untuk siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!