Polis tahan lelaki cederakan rakan sekampung

Chang Hook
Chang Hook
A
A
A

JEMPOL – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan di kediamannya di Felcra Rompin di sini selepas disyaki mencederakan rakan sekampungnya dengan sebatang besi pemotong buah kelapa sawit pada Jumaat.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang mangsa yang berusia 24 tahun patah di bahagian tangan kiri.

"Mereka saling mengenali dan tinggal di kawasan kampung yang sama. Bagaimana siasatan mendapati suspek didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membalingnya dengan serpihan kerusi plastik sehari sebelum kejadian.

"Pada hari kejadian, ketika mangsa berada di atas motosikal di tepi sebuah warung di Felcra Rompin B, suspek datang ke arah mangsa sambil membawa besi pemotong itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Jelas Chang Hook, suspek kemudian menghayun besi tersebut ke arah muka mangsa sebelum melarikan diri.

"Mangsa telah menahan menggunakan tangan kiri menyebabkan patah dan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Jempol.

"Sebelum itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Rompin kira-kira sejam selepas kejadian," katanya.

Tambah beliau, suspek telah ditangkap pada hari sama kira-kira jam 9 malam di rumahnya di Felcra Rompin dan polis turut merampas peralatan yang digunakan.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan mendapati lelaki berkenaan mengaku memukul pengadu menggunakan alat itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.