UUM bersedia dijadikan PPV Covid-19

Ahmad Bashawir Abdul Ghani
Ahmad Bashawir Abdul Ghani
A
A
A

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) bersedia dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, tawaran itu adalah untuk membantu kerajaan melancarkan program vaksinasi mencapai imuniti kelompok.

Menurutnya, UUM bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan PICK untuk menyediakan akses lebih banyak kepada rakyat untuk divaksinasi.

Dalam pada itu, Ahmad Bashawir berkata, UUM turut mengambil inisiatif meringankan beban kakitangannya dengan menawarkan moratorium buat kali kedua sebagai jalan keluar daripada kemelut pandemik Covid-19.

"Pemberian moratorium pinjaman kepada kakitangan terlibat bermula pada Ogos depan sehingga Disember secara automatik, tanpa perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk kelulusan," katanya dalam kenyataan akhbar pada Ahad.

"Perdana Menteri telah umumkan pelaksanaan moratorium bayaran balik pinjaman bank kepada semua peminjam, sama ada daripada golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro pada pembentangan pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada Jun lalu.

UUM turut prihatin dengan nasib staf yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan ini antara komitmen UUM dalam menjaga kebajikan mereka," katanya.

Ahmad Bashawir berkata, kali pertama moratorium diberikan pada April hingga September tahun lalu, dan ini merupakan kali kedua ia dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: