Bersatu Semenyih terima 300 ahli baharu

Abu Bakar (tiga, kiri) menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Presiden Persatuan Usahawan Warisan Malaysia, Mohammed Yasri Mohd Bedu (dua, kanan) pada Program Jalinan Silaturahim Bersama NGO dan Penyerahan Borang Keahlian Bersatu di Taman Pelangi, Semenyih. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

A
A
A

SEMENYIH - Bersatu Bahagian Semenyih menerima 300 ahli baharu selepas mereka menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya, di sini, petang tadi.

Semua ahli baru itu adalah gabungan penduduk Sabah dan Acheh menetap di Semenyih yang bernaung di bawah Persatuan Usahawan Warisan Malaysia.

Bagi Abu Bakar, penyertaan mereka membuktikan 300 ahli baru itu percaya dan yakin dengan perjuangan Bersatu.

“Pada saya parti ini sentiasa menerima ahli baru bukan semasa berkempen saja, setiap masa ada. Maknanya bila masuk kita terima.

“Kalau boleh kita nak semua pribumi masuk Bersatu. Saya yakin mereka (300 ahli baru) masuk kerana yakin dengan Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas majlis ringkas penyerahan borang keahlian Bersatu, di sini, petang tadi.

Borang tersebut diserahkan kepada Abu Bakar melalui presiden persatuan berkenaan, Mohammed Yasir Bedu.

Tambah Abu Bakar, beliau percaya ramai lagi rakyat Malaysia ingin menyertai Bersatu, bukan rakyat Semenyih saja.

Artikel Berkaitan: