X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki melecur di tangan ketika cuba padam kebakaran

Kebakaran membabitkan sebuah rumah sewa di Kampung Kibbas, Ranau.
A
A

RANAU - Seorang lelaki melecur di kedua-dua tangan ketika cuba memadamkan kebakaran membabitkan rumah sewa yang didiaminya bersama keluarga dalam kejadian di Kampung Kibbas di sini pada malam Sabtu.

Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, mangsa yang berusia 43 tahun diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.21 malam.

"Bertindak atas maklumat, seramai 10 anggota bersama dua jentera dikerah ke lokasi kejadian dan sebaik tiba didapati sebuah rumah telah terbakar sepenuhnya.

"Terdapat seorang penghuni melecur di kedua-dua tangan ketika cuba memadam api dan kemudian diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Katanya, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba dan bekalan air dari sebuah sekolah yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

"Api dapat dikawal jam 8.52 malam dan operasi ditamatkan pada jam 9.06 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!