Lelaki cedera rempuh kawat duri PKPD

Seorang lelaki yang cuba keluar dari kawasan PKPD cedera selepas motosikal ditunggang merempuh penghadang jalan dan kawat duri dipasang di Jalan Tenglu Laut, Mersing pada 29 Jun lalu.
Seorang lelaki yang cuba keluar dari kawasan PKPD cedera selepas motosikal ditunggang merempuh penghadang jalan dan kawat duri dipasang di Jalan Tenglu Laut, Mersing pada 29 Jun lalu.
A
A
A

MERSING - Seorang lelaki yang cuba keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) cedera selepas motosikal ditunggang merempuh penghadang jalan dan kawat duri dipasang di Jalan Tenglu Laut, Mersing pada 29 Jun lalu.

Pegawai Daerah Mersing merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing, Mohd Radzi Mohd Amin berkata, kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak polis pada jam 9.25 malam.

"Mangsa merupakan lelaki berusia 27 tahun berasal dari salah sebuah kampung dalam kawasan PKPD.

"Dia menunggang motosikal seorang diri dipercayai cuba untuk keluar dari kawasan PKPD dengan melalui jalan yang telah ditutup oleh pihak berkuasa sebelum melanggar kawat duri penghadang jalan yang dipasang.

"Kemalangan mengakibatkan lelaki berkenaan mengalami cedera luka pada mangsa dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan lanjut," katanya satu dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat di bawah sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan akan dikompaun di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana keluar dari rumah atau kawasan PKPD tanpa alasan yang munasabah.

Beliau meminta masyarakat yang berada di kawasan dikenakan perintah PKPD digesa agar sentiasa tenang, bersabar dan mematuhi arahan serta prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

"Patuhi SOP ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan mencegah merebak pandemik Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: