Nor Zamani Ketua Pengarah Pendidikan baharu

Nor Zamani Abdol Hamid dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuatkuasa 22 Jun lalu.
Nor Zamani Abdol Hamid dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuatkuasa 22 Jun lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Nor Zamani Abdol Hamid dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan, lantikan Nor Zamani Abdol Hamid berkuatkuasa 22 Jun lalu.

Kenyataan itu memberitahu, Nor Zamani, 59, merupakan KPPM ke-18 dan wanita ketiga dilantik menggalas tanggungjawab itu.

"Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, antara jawatan yang pernah disandang ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.

"Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan daripada Universiti Malaya.

"KPM yakin beliau dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi KPM dalam mencapai aspirasi pendidikan negara," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: