X

Kindly register in order to view this article
!

Diperdaya nombor TAC, wanita kerugian RM5,000

Chang Hook
A
A

JEMPOL - Seorang wanita mengalami kerugian RM5,000 selepas diperdayakan untuk menghantar Kod Pengesahan Transkasi (TAC) yang diterimanya, ke nombor telefon bimbit yang tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 40 tahun itu mendakwa, menerima pesanan di aplikasi WhatsApp daripada suspek pada Jumaat lalu.

Katanya, pada mulanya mangsa tidak melayan permintaan suspek kerana merasa curiga, tetapi tidak lama selepas itu suspek mula menghubungi mangsa.

"Suspek mendakwa dia telah tersilap mendaftar nombor telefon, menyebabkan pihak bank menghantar nombor TAC akaun banknya kepada telefon bimbit mangsa, dan meminta mangsa untuk memaklumkan nombor tersebut kepadanya.

"Mangsa menyemak khidmat pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbitnya dan mendapati terdapat satu nombor TAC, lalu memberi nombor TAC itu kepasa suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Tambahnya, mangsa yang bimbang dengan perkata tersebut, telah memaklumkan kepada adiknya, dan hasil memeriksa di akaun mangsa, mendapati duit simpanannya telah berkurang sebanyak RM 5,699.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang juru wang yang berusia 22 tahun, mengalami kerugian sebanyak RM1,000 akibat terpedaya dengan penipuan menang peraduan Maxis.

Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa yang tinggal di Felda Raja Alias, menerima pesanan Whatsapp daripada nombor 0178129685, yang menyatakan pengadu telah memenangi hadiah RM 7,000 dari Hotlink Maxis ke 27 tahun/2021 dan (1) link telah diberikan kepadanya

"Selepas itu mangsa telah menekan link tersebut dan dapati sudah ada enam pemenang.

"Pihak tersebut telah meminta data peribadinya dan gambar kad bank milik pengadu, selepas itu pengadu telah memberi data peribadi miliknya di dalam link yang diberikan termasuk gambar kad bank seperti yang di minta.

"Pengadu kemudiannya membuat semakan dalam akaunnya dan mendapati wangnya telah berkurangan sebanyak RM 1,000 dan telah di masukan kedalam sebuah akaun lain," katanya.

Katanya, hasil siasatan awal dapati pengadu hanya berurusan dengan suspek melalui telefon dan tidak pernah berjumpa dengan lelaki berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali kerana itu boleh mengundang bencana termasuk mengalami kerugian beribu-ribu ringgit,"katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!