X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD tujuh kawasan libatkan KL, Sabah, Sarawak

Sebanyak tujuh lagi kawasan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak dikenakan PKPD berkuat kuasa pada 18 hingga 1 Julai.
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak tujuh lagi kawasan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa pada 18 hingga 1 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara lokaliti tersebut adalah Perumahan Awam Desa Rejang, Kuala Lumpur manakala di Sarawak Kampung Serikin, Bau, Bahagian Kuching.

Ismail Sabri
Ismail Sabri

“Turut dikenakan PKPD di Sabah ialah Kampung Bukit Gemuk dan Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau; Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu; Kampung Landung Ayang dan Taman Lavender, Kudat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ismail Sabri berkata, hasil daripada saringan, sebanyak lapan kes positif Covid-19 telah dilaporkan di Kampung Bukit Gemuk, 15 kes di Perumahan Etara, Jalan Agaseh manakala 264 kes turut dilaporkan di Perumahan Awam Desa Rejang.

Tambahnya, 20 kes turut direkodkan di Kampung Serikin, Bau selain Kampung Tanjung Batu Keramat (14) dan 27 kes di Kampung Landung Ayang dan Taman Lavender.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) menjalankan tindakan kawalan Covid-19 dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan keluar dari kawasan tersebut,” ujarnya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di 13 Lokaliti Sekitar Pekan Bayan Lepas, Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang; Mukim Pekan, Kunak dan SMU Pantai Manis, Papar, Sabah ditamatkan pada 17 Jun.

“KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” ujarnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!