Reezal Merican puji kemenangan Harimau Malaya

No Image Caption
A
A
A

KEMENANGAN 1-0 skuad Harimau Malaya ke atas Thailand pada aksi terakhir kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 di Stadium Al-Maktoum, Dubai pada awal pagi Rabu, turut menerima pujian daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook awal pagi tadi, Reezal Merican turut mengucapkan tahniah kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu atas kejayaan berkenaan dan berharap agar momentum kemenangan berkenaan dapat dikekalkan.

“Alhamdulillah! Dengan sepakan penalti Safawi Rasid, Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia, 2023.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah berjuang dengan penuh semangat malam ini menentang pasukan Thailand yang memberikan cabaran yang cukup hebat.

“Inilah prestasi yang perlu kekal di dada setiap pemain Harimau Malaya; dengan lencana yang membawa nama negara. Saya bangga dengan aksi pada malam ini.

“Jangan lupakan semangat di atas padang pada malam ini dan kekalkan momentum untuk cabaran seterusnya pada bulan November ini. Good game Harimau Malaya!” katanya menerusi kenyataan berkenaan.

Artikel Berkaitan: