30 maut, lebih 50 cedera dua kereta api bertembung di selatan Pakistan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ISLAMABAD - Nahas kereta api di wilayah Sindh, selatan Pakistan pada Isnin meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa manakala lebih 50 yang lain cedera, lapor Agensi Berita Xinhua.

Insiden itu berlaku di laluan antara Stesen Kereta Api Raiti dan Obaro di daerah Ghotki, memetik media tempatan.

Nahas berlaku selepas kereta api Millat Express yang dalam perjalanan ke timur bandar Sargodha, Karachi bertembung dengan kereta api Sir Syed Express menghala ke Karachi dari Rawalpindi.

Pasukan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan: