Harimau dahan mati akibat jangkitan virus

Harimau dahan yang ditemui di Selama disahkan mati akibat jangkitan virus. Foto: pembaca
Harimau dahan yang ditemui di Selama disahkan mati akibat jangkitan virus. Foto: pembaca
A
A
A

IPOH - Harimau dahan jantan yang diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di Kampung Bukit Bertam, Selama Rabu lalu disahkan mati.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, haiwan liar terbabit atau nama saintifiknya neofelis nebulosa mati selepas didapati positif virus canine distemper (CDV).

"Harimau itu mati pada jam 12 tengah malam pada Khamis selepas dirawat di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai.

"Untuk kes jangkitan penyakit CDV ini, haiwan terpaksa ditidurkan kerana ia penyakit berjangkit tetapi harimau ini tidak sempat ditidurkan kerana ia sudah disahkan mati oleh veterinar,” katanya di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Harimau dahan ditemui tercekik belakang rumah penduduk

Menurutnya, punca harimau berkenaan terkena jangkitan itu dipercayai daripada bawaan binatang domestik seperti anjing dan kucing.

Katanya, harimau itu juga tidak tercekik walaupun keadaannya ketika ditemui seperti cuba untuk memuntahkan sesuatu.

Sinar Harian melaporkan harimau dahan itu yang ditemui berkeliaran dalam keadaan kurus dan kelaparan diselamatkan Perhilitan Rabu lalu.

Harimau berumur antara 7 ke 8 tahun itu merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) disyaki keluar dari kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak berhampiran untuk mencari makanan.

Artikel Berkaitan: