Penyokong sambut baik keputusan MB Perak

Ahmad Faizal, menerima jersi di pada satu perlawanan di Stadium Perak
Ahmad Faizal, menerima jersi di pada satu perlawanan di Stadium Perak
A
A
A

PENYOKONG Perak menyambut baik kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tidak akan menolak sekiranya dicalonkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Presiden Perak Legendary Fans, Hakimi Abdul Halim berkata, kesediaan Ahmad Faizal untuk pencalonan berkenaan diharap dapat membantu urusan pentadbiran khususnya bagi mengharungi saingan musim baharu 2019 kelak.

Malah menurutnya, pencalonan berkenaan sekali gus dilihat bakal membantu untuk mengubah landskap bola sepak negeri secara keseluruhannya.

“Alhamdulillah, andai benar, ia bakal menukar landskap bola sepak di negeri ini. Kali terakhir Pafa memiliki presiden daripada seorang Menteri Besar adalah pada musim 2009/2010 lalu iaitu Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

[ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Pafa: Saya takkan tolak]

“Harapan kami agar ada perubahan dalam pasukan dan pentadbiran Pafa itu sendiri kerana terlalu banyak semak samun yang perlu dibersihkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Hakimi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahmad Faizal Azumu tidak menolak jika namanya dicalonkan sebagai Presiden Pafa yang baharu pada kongres luar biasa (EGM), 6 Disember ini, pada satu sidang media sempena Sidang Dun Perak, semalam.

Sementara itu, Hakimi berkata, berdasarkan rekod bekas Presiden Pafa, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dilihat sebagai antara Presiden terbaik yang pernah dimiliki Pafa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selain menguruskankan pasukan, Abdul Puhat juga sentiasa rapat dan mesra dengan mana-mana penyokong sekali pun.

“Secara keseluruhannya, kita mahukan pengurusan dan pentadbiran yang telus dan mesra penyokong.

“Jadi harapan kami agar perlantikan Menteri Besar sebagai Presiden Pafa akan dapat membantu memantapkan pasukan Perak secara keseluruhannya,” katanya.