Buang mayat pesakit Covid-19 ke dalam sungai

Rakaman menunjukkan dua lelaki membuang mayat pesakit Covid-19 ke dalam sungai Rapti di Uttar Pradesh. - Agensi
Rakaman menunjukkan dua lelaki membuang mayat pesakit Covid-19 ke dalam sungai Rapti di Uttar Pradesh. - Agensi
A
A
A

LUCKNOW - Dua lelaki dengan salah seorangnya lengkap memakai pakaian sut perlindungan diri (PPE) dilihat membuang mayat pesakit Covid-19 dari sebuah jambatan di negeri Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Kejadian yang dirakam di daerah Balrampur itu tular selepas ia dimuat naik di media sosial.

Polis mengesahkan mayat yang dibuang ke dalam sungai Rapti itu ialah pemuda berasal dari Shohratgadh Siddharathanagar yang dikenali sebagai Premnath.

Menurut pegawai perubatan di Balrampur, Premnath dimasukkan ke hospital pada 25 Mei lalu selepas disahkan positif Covid-19 dan meninggal dunia tiga hari selepas menerima rawatan.

"Mayat telah diserahkan kepada waris untuk dibakar tetapi mereka memutuskan untuk membuangnya ke dalam sungai," katanya.

Insiden itu berlaku kurang dua minggu selepas beberapa mayat disyaki pesakit Covid-19 dilihat terapung di beberapa sungai di Uttar Pradesh dan Bihar. - Agensi

Artikel Berkaitan: