Inisiatif MN13 bantu rakyat Palestin

Mirnawan memakai baju edisi khas 'We stand with Palestine', inisiatif MN13 dalam meringkan beban rakyat Palestin yang ditindas tentera Zionis.
Mirnawan memakai baju edisi khas 'We stand with Palestine', inisiatif MN13 dalam meringkan beban rakyat Palestin yang ditindas tentera Zionis.
A
A
A

BEKAS legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi menyeru rakyat negara ini membantu rakyat Palestin yang berhadapan kekejaman tentera Zionis menerusi mesej 'We stand with Palestine'.

Malah menurut Mirnawan, isyarat menerusi pembelian baju edisi khas ‘We stand with Palestine’ tersebut juga adalah sebagai tanda solidariti dan keprihatinan rakyat pelbagai kaum negara ini terhadap isu semasa yang melanda negara Asia Barat berkenaan.

"Semua sedia maklum situasi pergolakan di Palestin yang kini menjadi isu global, dan Malaysia adalah antara negara yang peka dalam isu kemanusiaan ini.

"Jadi usaha MN13 diharapkan dapat membantu sekali gus menyahut seruan kerajaan Malaysia meringankan beban rakyat Palestin yang ketika ini berdepan detik sukar dan mencabar akibat penindasan tentera Israel.

"Sebanyak 25 peratus hasil jualan baju direka khas ini akan disumbangkan ke tabung rasmi bantuan kepada saudara-saudara kita di Palestin," kata Mirnawan yang juga pemilik MN13 Apparel.

Menurut Mirnawan yang juga pengurus skuad hoki Malaysian Tigers, inisiatif itu mendapat sokongan Kelab Sukan Dan Rekreasi Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

"Alhamdulillah, saya gembira apabila usaha murni MN13 ini mendapat sokongan Kelab Sukan Dan Rekreasi Bank Muamalat Malaysia Berhad serta UniKL yang turut serta mempromosi baju edisi khas ini kepada ahli, kakitangan dan pelajar di bawah organisasi masing-masing," katanya.

Kepada orang ramai yang berminat untuk membeli baju khas ‘We stand with Palestine’ sambil menyumbang boleh melayari laman sesawang https://www.facebook.com/MN13OFFICIAL/ atau ig mn13_official untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan: