realme 8 5G tampil dengan Dimensity 700 5G dan Teknologi DRE

No Image Caption
A
A
A

Pengeluar telefon bimbit kini bersaing dalam menawarkan peranti berorentasi 5G pada harga mampu milik namun berprestasi tinggi.

Jenama telefon pintar terkemuka, realme turut tidak ketinggalan untuk memenuhi kemahuan para peminat peranti itu dalam golongan pertengahan di Malaysia.

No Image Caption

realme 8 5G menggunakan pemprosesan Dimensity 700 5G yang menggabungkan dua keupayaan Arm Cortex-A76 cores yang akan memacu CPU pada kelajuan 2.2GHz.

No Image Caption

Dimensity 700 menggunakan pemprosesan 7nm di mana akan meningkatkan keberkesanan kuasa sebanyak 28 peratus berbanding pemprosesan 8nm. Ia juga pastinya aka memanjangkan jangka hayat bateri agar anda kekal berhubung lebih lama.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, realme 8 5G degan Dimensity 700 bakal memberikan GPU - Arm Mali-G57 MC2 lebih kuasa dengan 950MHz clock speed dan disokong oleh teknologi kadar kesegaran skrin 90Hz

Pemprosesan Dimensity 700 juga disokong oleh 5G Dual SIM Dual Standby yang membolehkan peranti menyokong kad sim 5G dengan rangkaian 5G.

Bateri bersaiz besar dan jimat kuasa

No Image Caption

Bateri pula agak besar, berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Bateri bersaiz besar bermakna pengguna memiliki jangka hayat penggunaan yang lebih untuk terus berhubung dan berhibur.

No Image Caption

realme 8 5G juga dilengkapi dengan Smart 5G Power Saving. Memandangkan rangkaian 5G membabitkan penggunaan kuasa yang lebih pada telefon bimbit, ia akan memendekkan jangka hayat bateri. Jadi realme memperkenalkan teknologi Smart 5G Power Saving sebagai solusi kepada masalah berkenaan.

Smart 5G Power Saving boleh mengesan secara pintar persekitaran isyarat antara 4G dan 5G tanpa perlu proses menukar, di mana ia menjimatkan sebanyak 30 peratus penggunaan kuasa berbanding peranti tanpa fungi 5G pintar

Skrin besar dengan Paparan Ultra Lancar 90Hz

No Image Caption

Skrin realme 8 5G dari jenis Paparan Ultra Lancar 90Hz, berukuran 6.5-inci HD Penuh. Ia mampu menghasilkan 90 frame sesaat, iaitu paparan 50 peratus lebih tinggi berbanding dengan paparan konvensional 60Hz konvensional. Ia memberikan pengalaman setiap sapuan lebih lancar pada skrin.

Dengan paparan skrin besar 6.5 inci dan kadar skrin pada badan, realme 8 5G membawa anda satu pengalaman visual yang menakjubkan.

Paparan pula didatangkan dengan resolusi 2400x1080 FHD+, sehingga 180Hz kadar sentuhan, 600 nits keterangan dan 16.7 juta warna skrin.

Kamera 48MP Nightscape

No Image Caption

Kamera menjadi satu elemen terpenting dan sentiasa menjadi perhatian utama pengguna setiap kali mahu memilih telefon pintar.

Jadi realme 8 5G dilengkapi dengan Kamera 48MP Nightscape yang canggih terdiri daripada Kamera Utama 48MP Ultra HD, lensa potret Hitam&Putih dan lensa makro. Ia pastikan akan memberikan satu keseronokan dan pengalaman merakamkan gambar serta kenangan yang menakjubkan kepada pengguna.

No Image Caption

Reka bentuk 8.5mm Super Slim

Kepada pengguna yang menitikberatkan aspek ketebalan dengan berat sesuatu telefon pintar, anda pastinya terus dengan peranti realme 8 5G kerana ia merupakan telefon pintar 5G yang paling nipis dalam segmennya. Cuma berukuran ketebalan 8.5mm dan beratnya cuma 185g, ia terasa amat selesa apabila berada di tangan.

No Image Caption

Dynamic Speed Light Design

Reka bentuk realme 8 5G ini dilengkapi dengan perubahan cahaya dinamik apabila telefon pintar itu bergoncang atau dipanggil sebagai Dynamic Speed Light. Ianya pasti bukan hanya akan memberikan keterujaan kepada anda sebagai pemiliknya tetapi kepada sesiapa sahaja yang memandang telefon pintar anda itu.

No Image Caption

Konsep reka bentuk realme 8 5G menggunakan salutan indium kilauan tinggi pada Supersonic Blue; manakala untuk Supersonic Black, realme menggunakan proses corak lentikula untuk menyerlahkan kesan pantulan premium untuk penampilan yang amat menarik.

No Image Caption

Teknologi Dynamic RAM Expansion (DRE)

Dengan Teknologi DRE Expansion Technology daripada realme, peranti jenama ini boleh memanfaatkan sepenuhnya storan daripada ROM secara virtual mengembangkan memori RAM tambahan sehingga 5GB. Ia juga dapat menyelesaikan isu kelemahan akibat ketidakupayaan RAM pada telefon.

Memori / Slot 3-Kad

realme 8 5G memiliki varian memori 8 GB+128GB variants dan turut dilengkapi dengan slot 3-kad di mana dua slot untuk kad sim dan satu untuk kad SD (sehingga 1TB).

realme UI 2.0

realme UI 2.0 ini berasaskan kepada Android 11 yang direka sebaiknya untuk peningkatan dan pengalaman penggunaan Android terutamanya untuk pengguna generasi muda. realme UI 2.0 bakal memberikan suasana lancar dan penuh keseronokan ketika pengguna menggunakannya.

Pengesanan cap jari pantas (Fast Side Fingerprint Scanner)

The realme 8 5G menampilkan pengesan cap jari sisi dengan gabungan modul butang kuasa dan cap jari yang memberikan lebih ciri-ciri keselamatan dan peribadi kepada peranti milik anda.

Memori / Slot 3-Kad

realme 8 5G memiliki varian memori 8 GB+128GB variants dan turut dilengkapi dengan slot 3-kad di mana dua slot untuk kad sim dan satu untuk kad SD (sehingga 1TB).

Harga mampu milik

No Image Caption

realme 8 5G memang dilancarkan sebagai telefon pintar yang mampu milik di mana para pengguna boleh membelinya pada harga RM899 sahaja bermula hari ini. Lebih menarik turut disediakan hadiah percuma berupa Portable Smoothie Blender dengan konsep siapa cepat, dia dapat.

Pengguna boleh mengunjungi kedai pengedar sah realme di seluruh negara.

No Image Caption

Peminat realme juga mendapatkan realme 8 5G pada harga lebih murah iaitu RM799 melalui kedai rasmi realme di platform Lazada hari ini. Atau klik pautan berikut:

8 5G website: https://www.realme.com/my/realme-8-5g

8 5G Lazada: http://bit.ly/realme85gpr