ADUN Tahan bantu penduduk terjejas akibat PKPD

Mohd Zakhwan (kanan) turun padang mengagihkan sumbangan kepada penduduk di Perumahan Banjir Kuala Teh, Jerantut, Ahad.
Mohd Zakhwan (kanan) turun padang mengagihkan sumbangan kepada penduduk di Perumahan Banjir Kuala Teh, Jerantut, Ahad.
A
A
A

JERANTUT - Sejumlah 496 penduduk di Perumahan Banjir Kuala Teh yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut tidak dilupakan apabila diberi bantuan bagi meringankan beban mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, pihaknya dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Muip mengagihkan sumbangan berupa keperluan asas dapur seperti beras, telur dan seekor ayam kepada 128 buah rumah di kawasan tersebut.

Menurutnya, ia adalah salah satu usaha untuk membantu setiap penduduk yang terjejas apabila kawasan berkenaan dikenakan PKPD bermula 22 Mei hingga 4 Jun depan.

"Agihan diserahkan sejak semalam (Sabtu) dan bakinya pada hari ini (Ahad) oleh Skuad Ziarah Kasih terdiri kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Agama Islam Daerah dan Penghulu Mukim.

"Aktiviti agihan berjalan lancar dan saya mengharapkan penduduk terus memberikan kerjasama dan mematuhi segala arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya pada Sinar Harian pada Ahad.

Ujarnya, setakat ini tiada kes pelanggaran seperti lari dari rumah atau kawasan direkodkan dan memuji komitmen penduduk untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Saya nasihatkan penduduk kekal di rumah masing-masing dan jangan pentingkan diri sendiri," jelasnya lagi.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak lapan kes positif Covid-19 di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan: