Lowry mantapkan pertahanan Harimau Selatan

Lowry pemain import terbaru Harimau Selatan.
Lowry pemain import terbaru Harimau Selatan.
A
A
A

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merekrut pemain pertahanan kelahiran Australia, Shane Lowry secara perpindahan percuma dari kelab Al-Ahli dalam usaha memperkuatkan Harimau Selatan itu bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Berita itu disahkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman instagram Johor Southern Tigers (JST).

Menerusi perkongsian berkenaan juga, Tunku Ismail turut menegaskan Lowry akan turut menjadi ‘pemain sandaran’ bagi menggantikan Mauricio pada bila-bila masa dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

“(Shane Lowry) partner dengan Mauricio untuk ACL. Apabila liga bermula dia back up Mauricio jikalau ada apa-apa berlaku atau kecederaan kita masih ada foreign defender.”