Tun M, Perdana Menteri Pakistan kecam pencerobohan Israel

Mahathir dan Imran Khan
Mahathir dan Imran Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dengan mengecam tindakan pencerobohan oleh Israel.

Dr Mahathir berkata, mereka bertukar pandangan mengenai perkara berkenaan melalui perbualan telefon pada Ahad.

“Saya telah berbual melalui telefon dengan Perdana Menteri Imran Khan Pakistan semalam (Ahad). Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Mubarak kepada dia dan rakyat Pakistan.

"Kami bertukar pandangan mengenai keadaan di Palestin dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Kami mengecam pencerobohan Israel dan menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin,” katanya dalam siaran di Facebook miliknya pada Isnin.

Pada 7 Mei, dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza pada 2 Mei lalu.

Sejak itu, dilaporkan lebih 119 rakyat Palestin terkorban dan beratus-ratus lagi cedera akibat serangan berkenaan.

Artikel Berkaitan: