Derma Palestin sampai atau tidak, jangan sibuk bertanya hal sukar: Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
A
A
A

KOTA BHARU - Rakyat di negara ini diseru supaya tidak sibuk bertanya hal yang sukar terutama berkait dengan wang derma sampai atau tidak ke Palestin.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, hal ini kerana Palestin itu bumi jihad dan perang.

"Rukunnya, lakukan dan jangan cakap banyak," katanya menerusi catatan di Facebook pada Ahad.

Menurutnya, apabila wang derma berpindah daripada tangan anda ke tabung Palestin maka ALLAH menerimanya.

Beliau berkata, ALLAH memelihara Palestin dengan keikhlasan anda dan dengan wang.

"Pada tahap mana ikhlas dan taqwa anda, ALLAH memeliharanya untuk anda sebagai pahala jihad di akhirat nanti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dana Palestin: Syed Saddiq persoal Pas guna akaun parti

Dana Palestin guna akaun parti: Pemuda Pas bidas Syed Saddiq

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan Pas yang menggunakan akaun bank parti berkenaan untuk menerima dana dan sumbangan kemanusiaan buat rakyat Palestin.

Merasakan parti politik tidak perlu menjadi orang tengah, Syed Saddiq menggesa orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan boleh berbuat demikian melalui pertubuhan-pertubuhan sedia ada yang mendapat pengiktirafan.

Sejak Jumaat, Pas di peringkat negeri termasuk Kedah dan Selangor dilaporkan melancarkan kutipan derma untuk membantu kesengsaraan umat Islam di Palestin yang kini berdepan dengan serangan rejim Zionis Israel.