Solat sunat Aidilfitri

Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri dalam keadaan norma baharu dengan hanya 40 jemaah lelaki tidak termasuk ahli jawatankuasa masjid dan surau ketika tinjauan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kampung Ladang Tok Pelam hari ini. - Foto Bernama

Pelajar madrasah mendengar khutbah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan mengamalkan penjarakan sosial bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ketika tinjauan di Madrasah Darussolihin Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 hari ini. - Foto Bernama

Penduduk Taman Medan Klebang Restu mengambil peluang menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Syed Mohd Muzzaffar Syed Azlan di hadapan pekarangan rumah masing-masing di Klebang hari ini.
Seramai kira-kira 50 jemaah yang hadir untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri mengikut SOP yang ditetapkan. - Foto Bernama

Sebahagian jemaah menunaikan solat di luar pekarangan Masjid Zahir selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) hanya dibenarkan 20 orang jemaah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021 ekoran peningkatan kes wabak Covid-19 ketika tinjauan fotoBernama di Masjid Zahir hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
