Masjid diminta baca Qunut Nazilah, doa keselamatan Palestin

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri itu membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama dua hari bermula solat Subuh pada Selasa.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri itu membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama dua hari bermula solat Subuh pada Selasa.
A
A
A

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri itu membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama dua hari bermula solat Subuh pada Selasa.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bacaan doa Qunut Nazilah itu bertujuan mendoakan keselamatan rakyat Palestin susulan tindakan pencerobohan dan serangan tentera Israel serta pendatang haram Yahudi di Masjid al-Aqsa pada Jumaat.

“Dengan bertauhid dan bertawakal kepada ALLAH adalah dengan ini diperintahkan kepada semua masjid-masjid di Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu selama dua hari dan dua malam (11 dan 12 Mei) bermula dari waktu subuh hari ini,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs pada Selasa.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah pencerobohan dan serangan tentera Zionis ke atas tempat ketiga paling suci bagi umat Islam itu merupakan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Perlis tercinta agar turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat saudara kita di Palestin,” titah baginda. - Bernama

Artikel Berkaitan: