Tular video pelawak terkenal pukul penghantar makanan

Tangkap layar rakaman video tular di laman sosial hingga menarik perhatian warganet.
Tangkap layar rakaman video tular di laman sosial hingga menarik perhatian warganet.
A
A
A

SHAH ALAM - Tular video di laman sosial membabitkan seorang lelaki memukul penghantar makanan di tepi jalan sejak Isnin.

Rakaman video dimuat naik di Twitter @My_CrimeWatch berdurasi 24 saat itu dipercayai dirakam oleh seorang pengguna jalan raya di dalam sebuah kereta yang mungkin kebetulan berada di lokasi kejadian.

Video itu memaparkan seorang lelaki dipercayai seorang pelawak dan juga pelakon terkenal memukul kepala seorang penghantar makanan selepas merangkul lehernya dan pada masa sama orang ramai cuba menariknya dan ditenangkan seorang lelaki berbaju hitam.

Tidak terhenti di situ sahaja, kerana tidak berpuas hati, selebriti itu turut menengking penghantar makanan dan seolah-olah memberi amaran kepadanya.

Sebelum ini, selebriti berasal dari Kedah itu pernah didakwa kerana menumbuk muka dan menendang warga emas yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah taman perumahan di Nilai, Negeri Sembilan pada 6 April 2019.

Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah.

Sehingga kini, video tersebut menarik perhatian warganet hingga meraih lebih 4,900 tontonan.

Artikel Berkaitan: