Pertama kali sertai ekspo, gerai hangus

Keadaan kanopi yang menyebabkan barangan jualan milik dua peniaga musnah.
Keadaan kanopi yang menyebabkan barangan jualan milik dua peniaga musnah.
A
A
A

TEMERLOH - Peniaga pakaian hari raya berputih mata apabila kerugian hampir RM100,000 selepas barangan jualannya musnah akibat kebakaran di Ekspo Aidilfitri dekat Dewan Tun Razak Temerloh pada pagi Sabtu.

Nizam Jamaluddin, 30, berkata, dia meminjam modal daripada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk berniaga sampin, baju Melayu dan kurta.

Menurutnya, ia pengalaman pertama berniaga di ekspo tersebut namun kesemuanya lebur akibat kebakaran ini.

"Bagaimanapun saya reda dengan ujian ALLAH SWT dan bersyukur kerana tidak membabitkan nyawa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan menerima panggilan telefon daripada sepupu kira- kira jam 10.30 pagi yang memaklumkan kejadian tersebut.

"Saya memang ada kedai di GM Klang dan cuba berniaga di ekspo ini untuk mencari duit lebih," jelasnya yang sudah lima tahun menceburi bidang perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanopi jual karpet, baju raya terbakar

Sementara itu seorang lagi peniaga, Norhafizah Ismail, 33, menganggarkan nilai kerugian kira-kira RM35,000 selepas barangan jualannya seperti karpet, jubah, cadar dan kopiah musnah dalam kejadian terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga baru pertama kali meniaga di tapak ekspo ini kerana sebelum ini hanya menjual atas talian," katanya yang reda dengan ujian tersebut.

Jelasnya, dia menyertai ekspo tersebut bermula 23 April lalu dan mengakui hasil jualannya positif sepanjang tempoh tersebut.