Helikopter tentera udara terhempas di perairan Filipina

No Image Caption
A
A
A

MANILA - Sebuah helikopter Tentera Udara Filipina (PAF) terhempas di perairan berhampiran bandar Getafe di wilayah tengah Bohol Filipina pada pagi Selasa, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik jurucakap tentera.

Leftenan Kolonel Maynard Mariano dilaporkan berkata helikopter pejuang MD520MG berada dalam penerbangan penyelenggaraan ketika ia terhempas sekitar pukul 9.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat itu berlepas dari pangkalan tentera udara di Pulau Mactan berdekatan wilayah Cebu, tambahnya.

Mariano berkata, siasatan sedang dijalankan dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: