Kes pukul tular: Tiga lelaki serah diri

Video tular yang memaparkan tiga lelaki bertindak memukul seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Binjal, Bunut Susu, Pasir Mas.
Video tular yang memaparkan tiga lelaki bertindak memukul seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Binjal, Bunut Susu, Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Tiga lelaki yang memukul seorang lelaki seperti dalam satu video yang tular di media sosial di Kampung Binjal, Bunut Susu di sini menyerah diri pada Jumaat.

Tiga lelaki itu menyerah diri kira-kira jam 11.30 malam di Balai Polis Bunut Susu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

"Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku atau berdepan dengan sebarang insiden.

Nasaruddin
Nasaruddin

Katanya, orang ramai sebaliknya perlu menyerahkan perkara itu kepada polis bagi tujuan siasatan dan seterusnya ke peringkat pertuduhan di mahkamah.

Pada Jumaat tular di media sosial satu klip video memaparkan beberapa orang lelaki sedang memukul seorang lelaki.

Artikel Berkaitan:

Klip video berdurasi 6 minit 34 saat itu tular sehingga menimbulkan pelbagai komen dalam kalangan warganet.

Difahamkan lelaki yang dipukul dalam klip video itu dipercayai terlibat dalam kes curi di Bunut Susu.