X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M pertimbang kerjasama dengan PN jika tiada 'penyangak'

Dr Mahathir
A
A

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian sedia mempertimbangkan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah Perikatan Nasional (PN) hanya sekiranya tiada 'penyangak'.

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, situasi ini bukanlah bermakna beliau menyokong namun terbuka menjalinkan kerjasama berkenaan asalkan tiada penyangak.

"Dahulu, saya bekerjasama dengan parti lawan pun. Kalau tiada penyangak maka saya boleh rundinglah," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa PN bersedia menerima mana-mana individu menyertai kerjasama itu termasuk Dr Mahathir.

Ketika diminta menyatakan siapa individu yang dimaksudkan sebagai penyangak itu, beliau secara berseloroh menyatakan seluruh rakyat Malaysia mengenali individu tersebut.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Al-Ehsan Temonyong, Langkawi pada Jumaat.

Sebelum ini, satu portal berita melaporkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan PN sedia menerima mana-mana individu untuk menyertai kerjasama itu.

Menurutnya, individu berkenaan termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad namun perlu mengikut semua ditetapkan oleh perlembagaan parti tanpa apa-apa syarat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!