Maut ditimpa pokok yang ditebang

Gambar kecil: Ganti Jimmy
Gambar kecil: Ganti Jimmy
A
A
A

MACHANG - Seorang warga emas yang juga penebang pokok meninggal dunia apabila ditimpa pokok kelapa pada kejadian di belakang Masjid Kampung Galang, Pulai Chondong, di sini pagi Khamis.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa Ramli Daud, 69 tahun dari Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh dipercayai bersama rakannya menarik pokok kelapa yang telah ditebang dan bersedia untuk melarikan diri sebelum pokok tersebut tumbang.

Bagaimanapun, mangsa terjatuh kerana kakinya tersangkut dengan tali dan ditimpa pokok kelapa yang ditebang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Ganti Jimmy ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: