Warga Filipina maut dirempuh motosikal

No Image Caption
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki warga Filipina mengalami kecederaan parah selepas dirempuh sebuah motosikal ketika sedang melintas di lampu isyarat dekat Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini, Selasa lalu.

Bagaimanapun, mangsa, Jainuddin Salasim, 63, yang bekerja di syarikat landskap disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.24 pagi tadi selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku, apabila mangsa yang melintas jalan telah dirempuh sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang bergerak lurus dari arah Pelabuhan Tanjung Pelepas menghala ke Gelang Patah.

"Ekoran dari kemalangan tersebut, Jainuddin mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah pada bahagian tulang rusuk.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke HSA untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, lelaki yang melanggar mangsa iaitu Mohd Khairul Ayub, 25, bekerja sebagai operator mengalami luka di bahagian tangan dan kaki kanan serta bengkak di paru-paru.

"Pagi tadi jam lebih kurang jam 9.24, anak Jainuddin datang ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri untuk membuat makluman kematian mangsa di HSA.

"Punca kematian telah dikeluarkan oleh pegawai perubatan bertugas sebagai Severe Head Injury.

Artikel Berkaitan:

Pihak polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.