UMNO mampu jadi kerajaan semula: Tajuddin

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemimpin dan penyokong UMNO perlu yakin parti itu mampu menjadi kerajaan semula selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, parti itu telah membuat keputusan untuk bertanding di 120 kerusi Parlimen.

Beliau berkata, tidak mungkin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas akan bertanding melebihi daripada kerusi yang ditandingi UMNO.

"Yakinlah UMNO pasti, Insya-ALLAH akan menjadi kerajaan semula selepas PRU15 yang akan datang ini.

"Ringkasnya selepas PRU akan datang, percayalah tidak ada satu parti pun yang akan menang lebih daripada kerusi UMNO," katanya ketika menggulung ucapan perbahasan Pergerakan Sayap Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: