PRU15: BN kekal bertanding atas lambang sendiri

Mohamad ketika bercakap pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
Mohamad ketika bercakap pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) ketika ini kekal dengan keputusan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket sendiri meskipun akan wujud kerjasama dengan parti lain.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketetapan itu telah dibuat sebelum ini.

"BN akan akan bertanding atas (tiket) BN, bukan bertanding atas lambang sesiapa. Kita akan gunakan lambang BN.

"Itu sebabnya dari awal kita mengatakan bahawa apa sahaja kerjasama (dengan mana-mana parti) tetapi BN akan bertanding atas tiket BN.

"Maknanya kita akan bertanding atas asas BN," katanya pada sidang media sebaik selesai berucap merasmikan Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapannya yang seakan-akan memberi bayangan parti itu akan bergerak secara terasing tanpa bersama mana-mana gabungan pada PRU15 nanti.

Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO turut ditanya sama ada parti itu sedang berunding dengan mana-mana parti selain Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dalam PRU15 seperti yang didakwa, Mohamad berkata, beliau tidak terlibat dengan mana-mana rundingan.

"Saya tidak tahu mengenai rundingan. Itu cuma khabar angin sahaja, kalau tanya saya saya tidak terlibat dalam apa-apa rundingan.

Artikel Berkaitan:

"Maka bagi saya, bagi parti itu adalah satu khabar angin," katanya.

Mohamad dalam masa sama turut menegaskan tiada mana-mana individu atau kelompok yang boleh menggesa parti bekerjasama dengan parti-parti tertentu.