X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air sehingga 68 jam

A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan kerja penyelenggaraan aset utama secara berjadual berdasarkan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Air Selangor menerusi Facebooknya memaklumkan, ia melibatkan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor, Seksyen 15 di sini yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air selama 48 jam.

“Sebanyak lima kawasan di daerah Petaling dan 14 kawasan di Klang serta 11 kawasan di Shah Alam akan mengalami gangguan air pada 30 Mac bermula jam 9 pagi.

“Kerja-kerja ini akan dijalankan pada 30 Mac dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 1 April,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Air Selangor memaklumkan, gangguan bekalan air turut dijadualkan berlaku di 12 kawasan di Gombak dan 46 kawasan di Kuala Lumpur selama 68 jam.

“Ia susulan kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates dan menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada 6 April.

“Kerja-kerja penggantian injap ini akan dilaksanakan bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 9 April 2021, jam 5 pagi,” katanya.

Selain itu, Air Selangor juga merancang untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset-aset utama di beberapa loji rawatan air iaitu LRA Cheras Batu 11 pada 15 Jun 2021, LRA Sungai Langat ( 6 Julai) dan LRA Sungai Selangor Fasa 1 pada (5 Oktober).

“Bagaimanapun, pelaksanaan kerja-kerja berjadual tersebut tertakluk kepada kelulusan SPAN.

“Air Selangor akan memaklumkan senarai kawasan yang terlibat dan jadual pemulihan bekalan air dengan lebih terperinci setelah kelulusan SPAN diperoleh,” katanya.

Pengguna boleh melayari laman web www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor untuk maklumat lanjut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!