Guru agama didakwa liwat, amang seksual pelajar

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan meliwat seorang pelajarnya di Mahkamah Sesyen Georgetown pada Rabu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan meliwat seorang pelajarnya di Mahkamah Sesyen Georgetown pada Rabu.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang guru agama mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajarnya yang berusia 15 tahun di di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Lelaki berusia 29 tahun itu membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Teluk Kumbar, Bayan Lepas antara 20 November tahun lalu hingga 14 Mac lalu.

Tertuduh yang memakai baju dan seluar hitam itu berdepan satu dakwaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan dua dakwaan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan selain menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh menghampiri mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabila Huda Muhammad Nazim manakala tertuduh diwakili peguam, Md Yusuf Md Idris.

Kes ditangguhkan sehingga 26 April ini untuk sebutan semula.

Artikel Berkaitan: