Pas hasrat ubah sempadan pilihan raya jika majoriti 2/3

Menteri Perusahan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus bercakap pada sidang media Program Ceria Ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah resort hari ini. - Foto Bernama
Menteri Perusahan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus bercakap pada sidang media Program Ceria Ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah resort hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menyatakan hasrat mengubah sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen jika parti itu bersama-sama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti dua pertiga.

Menerusi laporan daripada Suara Merdeka pada Isnin, Pengarah Strategi Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memaklumkan parti itu melihat keperluan untuk mengubah sempadan pilihan raya yang boleh menguntungkan masyarakat Melayu dan Islam.

Ujarnya, pertambahan kerusi Parlimen boleh dibuat di negeri-negeri yang mempunyai penduduk Melayu dan Islam yang ramai selepas perikatan itu menang PRU15 dengan majoriti yang besar.

“Pas melihat keperluan jangka masa panjang untuk memenangi PRU15 dengan majoriti dua pertiga.

“Di saat itu perubahan sempadan pilihan raya yang menguntungkan Islam Melayu serta pertambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu boleh diusahakan,” katanya.

Mohd Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, Pas akan terus mempertahankan muafakat antara ketiga-tiga parti dengan sabar bagi mencapai matlamat untuk memenangi PRU15 dengan majoriti dua pertiga.

Artikel Berkaitan: