Anwar tiba di Ibu Pejabat SPRM

Anwar melambaikan tangan kepada petugas media sebaik tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada Isnin.
Anwar melambaikan tangan kepada petugas media sebaik tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini kira-kira jam 2.53 petang bagi mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Beliau yang hadir dengan menaiki kenderaan berwarna hitam sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di pintu masuk bangunan suruhanjaya itu.

Difahamkan pertemuan Anwar dengan Azam adalah bagi membincangkan ugutan atau pelawaan yang diterima ahli Parlimen pembangkang agar menyatakan sokongan kepada pihak tertentu.

Anwar pada Ahad memberitahu beliau akan bertemu dengan Azam pada Isnin.

Katanya, pertemuan itu sebagai titik mula ke arah Malaysia yang lebih baik dengan usaha membanteras gejala rasuah memerlukan kerjasama semua pihak.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan kebimbangan rasuah dalam kalangan pemimpin politik sehingga berlaku lompat parti termasuk daripada PKR.

Malah beliau turut mendakwa lima Ahli Parlimen PH diberi ugutan atau pelawaan dengan pelbagai sogokan untuk menarik sokongan mereka.

Artikel Berkaitan: