Henti buat kesimpulan awal

Xavier ketika bercakap kepada pemberita, hari ini.
Xavier ketika bercakap kepada pemberita, hari ini.
A
A
A
SUBANG - Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar menyarankan agar semua pihak tidak membuat kenyataan dan kesimpulan awal tentang punca kecederaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang parah semasa insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Beliau berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kejadian yang menimpa anggota berkenaan.

"Kita jangan buat kesimpulan dengan apa yang dikatakan. Saya rasa berikan kuasa kepada polis untuk siasat selepas itu mereka akan ambil tindakan.

"Buat masa ini saya tidak boleh buat komen sebab saya tidak boleh sahkan adakah kecederaannya disebabkan lain," katanya kepada pemberita ketika hadir ke Kuil Sri Maha Mariamman hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Adib dipindah ke IJN, semakin stabil ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Adib dilanggar, bukan dipukul' ]


Xavier berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, VK Regu yang mendakwa kecederaan Muhammad Adib Mohd Kassim itu adalah disebabkan kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, mangsa berkenaan, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Ekoran daripada insiden itu, dia mengalami kecederaan serius dan ditempatkan di Subang Jaya Medical Center (SJMC) sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Artikel Berkaitan:


Mengulas lanjut, Xavier yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat turut meminta agar semua pihak dapat membuat sembahyang hajat walaupun berbeza agama bagi mendoakan kesihatan Muhammad Adib kembali seperti biasa.

"Saya minta kepada semua kuil dalam Malaysia, semua gereja, masjid dan surau sembahyang berdoa agar Adib selamat," tambahnya.