[DIKEMASKINI] 27 maut, bas bawa pelajar masuk gaung

Keadaan di lokasi nahas yang meragut sekurang-kurangnya 27 mangsa. - Twitter JakartaGlobe
Keadaan di lokasi nahas yang meragut sekurang-kurangnya 27 mangsa. - Twitter JakartaGlobe
A
A
A

JAKARTA - [DIKEMASKINI] Seramai 27 orang terbunuh termasuk pelajar sekolah menengah selepas sebuah bas yang dinaiki mereka terbabas ke dalam sebuah gaung sedalam 20 meter di daerah Sumedang, Jawa Barat pada Rabu malam, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Menurut AFP, beberapa pekerja penyelamat menggunakan kren untuk membawa keluar mangsa selepas kenderaan itu yang membawa 66 penumpang terlibat dalam nashas tersebut.

Pihak berkuasa berkata, bas itu melalui jalan yang berliku-liku dan dipercayai terbabas selepas ia mengalami kegagalan brek.

Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan pulang ke bandar Subang di wilayah Jawa Barat dari sebuah lokasi di wilayah Tasikmalaya.

Ia dilaporkan membawa sejumlah pelajar sekolah menengah, guru, pelajar dan ibu bapa dari bandar Subang di wilayah Jawa Barat.

Sebuah bas yang dinaiki oleh pelajar sekolah agama, guru dan ibu bapa terbabas ke dalam sebuah gaung di daerah Sumedang, Jawa Barat pada Rabu. - Foto AFP
Sebuah bas yang dinaiki oleh pelajar sekolah agama, guru dan ibu bapa terbabas ke dalam sebuah gaung di daerah Sumedang, Jawa Barat pada Rabu. - Foto AFP

Pemandu bas dan beberapa penumpang dalam usia remaja antara yang meninggal dunia manakala 39 lain lagi mengalami kecederaan.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu tetapi ketua polis tempatan, Eko Prastyo Robbyanto berkata, mangsa-mangsa yang terselamat memberitahu bahawa brek kenderaan berkenaan tidak berfungsi.

Artikel Berkaitan:

Ketua agensi penyelamat, Deden Ridwansah berkata, mayat 27 mangsa dan mereka yang cedera dihantar ke sebuah hospital dan klinik yang berdekatan.

Pada hujung tahun 2019, sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh selepas sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di Pulau Sumatera. - Agensi