Wang i-Sinar beri harapan baharu

Noor Izzah kini sedang mengikuti kursus selama enam bulan bagi mengembangkan perniagaan yang dimulakan menggunakan wang i-Sinar diterima sejak Disember lalu.
Noor Izzah kini sedang mengikuti kursus selama enam bulan bagi mengembangkan perniagaan yang dimulakan menggunakan wang i-Sinar diterima sejak Disember lalu.
A
A
A

PENGELUARAN caruman akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi skim i-Sinar memberi nafas baharu kepada seorang wanita selepas diberhentikan kerja secara mengejut.

Itulah yang dirasai oleh seorang pencarum KWSP, Noor Izzah Sinar, 36, yang kini amat bergantung harap kepada pengeluaran wang i-Sinar diterima sejak Disember tahun lalu.

Menurutnya, biarpun hanya RM5,000 yang dikeluarkan daripada akaun satu KWSP itu, jumlah tersebut amat membantu bagi menampung perbelanjaan harian selain dijadikan modal perniagaan kek dan pastri secara kecil-kecilan.

“Sekarang saya sedang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan selain bergantung kepada pengeluaran i-Sinar ini.

“Bantuan ini sedikit sebanyak membantu saya meneruskan kehidupan.

“Jika ada rezeki nanti memang saya merancang untuk kembangkan perniagaan ini dengan modal yang sedia ada selain mengharapkan bantuan daripada agensi berkaitan,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Beliau berkata, selain digunakan sebagai modal untuk perniagaan, wang i-Sinar yang dikeluarkan itu turut disimpan dalam akaun Tabung Haji sebagai perancangan akan datang.

Sementara itu, Noor Izzah yang tinggal di Kampung Rungkup Kecil di sini berkata, dia kini sedang mengikuti Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan di bawah EmpowerNCER @Perak selama enam bulan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selepas kursus nanti dia berharap perniagaan akan lebih berkembang dan boleh membuka premis sendiri kerana ketika ini semua urusan perniagaan tersebut dilakukan di rumah.