Kumpulan pertama 'kuarantin vila' tiba di Phuket

Pelancong perlu menjalani ujian calitan sebaik tiba di Phuket. - Foto Bangkok Post
Pelancong perlu menjalani ujian calitan sebaik tiba di Phuket. - Foto Bangkok Post
A
A
A

PHUKET - Seramai 59 pelancong dari beberapa negara Eropah menjadi kumpulan pertama sebagai pengunjung yang menjalani 'kuarantin vila' selama 14 hari di Hotel Sri Panwa.

Laporan Bangkok Post memaklumkan 59 pelancong itu termasuk dari Amerika Syarikat, Brazil, Kanada, Ukraine, Perancis dan Denmark yang melancong menggunakan pesawat sewa khas telah berulang kali menjalani ujian saringan Covid-19 di negara-negara dilawati mereka.

Kumpulan pelancong mewah itu transit di Indonesia sebelum meneruskan penerbangan ke Phuket pada Ahad.

Timbalan Gabenor Phuket, Pichet Panapong berkata, pelancong berkenaan akan menjalani kuarantin wajib di resort mewah bertaraf lima bintang, Sri Panwa di pulau berkenaan.

"Pelancong akan menginap di vila pada lima hari pertama kuarantin dan kemudiannya boleh meninggalkan vila untuk melakukan aktiviti luar di dalam kawasan vila.

"Jika proses kuarantin yang baharu itu berjaya, ia akan dijadikan sebagai contoh usaha memulihkan sedikit sebanyak industri pelancongan," katanya.

Thailand kini dalam usaha meningkatkan industri pelancongan dan melancarkan pelbagai inisiatif termasuk menawarkan resort golf sebagai pusat kuarantin selain menawarkan visa jangka panjang khas untuk menarik kedatangan pelancong.

Artikel Berkaitan: