Ibu kudung ditinggal tepi jalan jalani rawatan di hospital

Sinar Harian pada Ahad melaporkan nasib wanita warga emas terbabit yang ditinggalkan sendirian dengan berkerusi roda di tepi jalan.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan nasib wanita warga emas terbabit yang ditinggalkan sendirian dengan berkerusi roda di tepi jalan.
A
A
A

KUALA LANGAT - Wanita warga emas yang dilaporkan ditinggalkan sendirian dengan keadaan berkerusi roda di tepi jalan di sini baru-baru ini masih mendapatkan rawatan di hospital.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan, hasil pemeriksaan doktor mendapati wanita berkenaan mengalami masalah kekurangan darah.

“(Warga emas itu) masih di hospital. Semalam (Ahad) dia ada masalah kekurangan darah.

“Doktor tambah darah semalam (Ahad),” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan nasib menimpa seorang wanita warga emas apabila disisihkan keluarga sendiri yang bertindak meninggalkannya sendirian dengan keadaan berkerusi roda di tepi jalan di sini.

LZS menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung keadaan wanita yang kudung sebelah kaki ditinggalkan dengan bekalan lampin pakai buang serta beg pakaian.

Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor serta Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat kemudian bertindak segera turun padang bagi menyantuni wanita yang ditinggalkan seorang diri itu.

Hasil siasatan LZS mendapati warga emas itu merupakan asnaf fakir dan masih mempunyai keluarga.

Artikel Berkaitan:

LZS memaklumkan, usaha menghubungi keluarga warga emas tersebut berjaya dilakukan, namun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris sudi menjemputnya kembali ke rumah dengan pelbagai alasan.

Wanita itu yang diserahkan kepada pihak polis kemudian dihantar ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kudung ditinggal sendirian di tepi jalan