Peniaga kedai makan 'bungkus': MITC

Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) menyifatkan arahan kerajaan yang tidak membenarkan ‘dine-in’ atau makan dalam premis menjual makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sebagai keputusan kurang tepat.
Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) menyifatkan arahan kerajaan yang tidak membenarkan ‘dine-in’ atau makan dalam premis menjual makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sebagai keputusan kurang tepat.
A
A
A

KUANTAN - Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) menyifatkan arahan kerajaan yang tidak membenarkan ‘dine-in’ atau makan dalam premis menjual makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sebagai keputusan kurang tepat.

Pengerusi Pembangunan Usahawan MITC, Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir berkata, pihaknya menerima aduan daripada peniaga kedai makan yang mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk apabila pelanggan hanya dibenarkan membungkus makanan sahaja.

Menurutnya, walaupun premis makanan dibenarkan beroperasi, namun orang ramai lebih selesa makan di kedai berbanding bungkus.

"Majoriti peniaga kedai makan menggesa kerajaan mengkaji semula arahan itu kerana prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dan sanitasi sebelum masuk ke kedai sudah memadai untuk mengekang penularan Covid-19 seperti di kedai-kedai lain yang dibenarkan beroperasi.

"Ini adalah normal baharu yang perlu terus dipraktikkan, bukan dengan bungkus dan bawa balik makanan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Zuhairi berkata, MITC berharap kerajaan khususnya Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat mengkaji semula arahan tersebut.

"Jika arahan itu diteruskan bukan makanan yang dibungkus, tetapi peniaga kedai makan 'bungkus' kerana tidak mampu berniaga ekoran ketiadaan pelanggan.

"Dalam keadaan negara terus berdepan penularan pandemik Covid-19, kerajaan perlu membela kebajikan bukan sahaja pengusaha premis makanan dan peniaga trak makanan, malah pekerja, pembekal dan pemborong bahan makanan serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri makanan.

Artikel Berkaitan:

"Jika premis dibenarkan ‘dine-in’, ia dapat membantu memulihkan ekonomi dan kehidupan mereka dan semua yang terlibat dalam rantaiannya," katanya.

Katanya, kebenaran orang ramai makan di kedai dengan berpandukan normal baharu ditetapkan telahpun dilaksanakan sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut kecewa dengan sikap pekerja sebuah syarikat kurier yang didakwa bertindak merosakkan barangan pengguna.

"Seperti tular di laman media sosial, tindakan seperti ini tidak wajar kerana ia memberikan kesan kepada peniaga dan usahawan kecil yang terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan tidak bertanggungjawab tersebut," katanya.