Sembilan termasuk enam warga emas ditahan main judi

Antara warga emas yang ditahan ketika sedang leka berjudi di sebuah medan selera di Kota Permai pada petang Sabtu.
Antara warga emas yang ditahan ketika sedang leka berjudi di sebuah medan selera di Kota Permai pada petang Sabtu.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Sembilan individu termasuk enam warga emas ditahan ketika sedang leka berjudi di hadapan sebuah gerai di Pusat Perniagaan Makanan, Pasar Awam Kota Permai di sini pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, ketika serbuan pada jam 2.30 petang, kesemua mereka sedang bermain judi jenis ‘siam bang lak’ iaitu daun pakau.

Menurutnya, salah seorang yang ditahan lelaki warga Bangladesh yang turut melakukan pertaruhan bersama kumpulan berkenaan.

"Ketika pemeriksaan dibuat polis menemui 52 keping kad daun pakau selain wang tunai di atas meja berjumlah RM15,980.

"Semakan mendapati lima daripada mereka mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan dadah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Shafee berkata, kesemua yang ditahan berusia di antara 50 hingga 70 tahun terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk tindakan lanjut.

Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan: