Ijazah palsu: Jangan bohongi rakyat

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

TAIPING - Isu kekeliruan kelayakan akademik kalangan pemimpin kerajaan perlu ditangani dengan bijak tanpa sebarang pembohongan kepada rakyat.

Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini kerana dalam usaha membina semula negara, soal integriti menjadi asas penting yang diambil kira rakyat.

“Apabila ada kalangan pemimpin kerajaan sekarang terpalit dengan isu sijil tidak diiktiraf ia sesuatu yang perlu ditangani tetapi satu perkara yang amat penting adalah sikap berterus terang, jangan sesekali berbohong kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, pada awal pentadbiran dahulu, beliau juga pernah terpalit dakwaan sama, namun mengambil pendekatan menjelaskan kepada umum.

“Saya secara terbuka mengatakan saya memang pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun saya tidak berjaya membawa pulang sijil ijazah. Pada masa sama, orang sentiasa sebutkan perkara itu dalam media sosial.

“Apakan daya saya untuk menghentikannya, tetapi jelas saya tidak berbohong kepada rakyat, saya katakan saya melanjutkan pelajaran tetapi tidak membawa pulang ijazah. Itu adalah dua perkara yang berbeza,” katanya.

Pertama kali Ahmad Faizal menjelaskan tentang isu pengajiannya dari sebuah institusi luar negara adalah sewaktu menghadiri sesi wawancara Bernama Radio di Ibu Negara pada Julai 2018. Ia turut disebut dalam satu program di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertingi Bersatu itu akan berusaha dan yakin jentera PH dapat menawan semula kerusi Dun Semenyih pada PRK yang dijadualkan 2 Mac ini.

Artikel Berkaitan:

“Pada pandangan saya, amat merugikan sekiranya pengundi memilih calon yang bukan daripada PH, namun ia terserah pada kebijaksanaan mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pada Program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar Kampung Dew yang turut dihadiri Pengurus Besar Bahagian Penjanaan dan Alam Sekitar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Research Sdn Bhd, Dr Mohd Hariffin Boosroh dan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohammad Kassim.