Dua adik mangsa masih di Hospital Melaka

Dua beradik terbabit sedang bermain ketika berada di Hospital Melaka pada Isnin.
Dua beradik terbabit sedang bermain ketika berada di Hospital Melaka pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Dua adik kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia dipercayai didera masih ditempatkan sementara di Hospital Melaka sejak jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddin Bachik berkata, laporan yang diterima daripada pegawainya memaklumkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sedikit tantrum namun masih boleh dikawal manakala adik perempuannya berusia dua tahun kelihatan ceria sepanjang berada di hospital malah petah bercakap selain dilihat beberapa kali menenangkan abangnya.

Menurutnya, dua beradik itu juga telah menjalani ujian calitan Covid-19 dan disahkan negatif manakala JKM juga masih menunggu hasil keputusan pemeriksaan fizikal mereka.

"Kita menjangkakan keputusan akan diperoleh esok (Selasa) dan tindakan seterusnya ialah memohon perintah mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara dua kanak-kanak berkenaan.

"Selepas mendapat perintah mahkamah, kita akan tempatkan mereka sementara di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras," katanya pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua beradik itu tidak diberikan penjagaan sementara kepada nenek kandung kerana keadaan nenek yang telah uzur dan tidak mampu menjaga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Umi reda, Umi akan selalu datang ziarah pusara adik'

Menurutnya, mereka tidak akan dipisahkan dan akan ditempatkan di pusat kebajikan yang sama dan tempoh jagaan sementara oleh pihak JKM kepada kedua-dua kanak-kanak itu bergantung kepada keputusan pihak polis.

Artikel Berkaitan:

"Seandainya semuanya baik, kita akan serahkan semula dua beradik itu kepada keluarga mereka," katanya.