Ajal kemalangan dengan lori balak

Keadaan lori dipandu mangsa yang remuk selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori balak di KM158, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, pagi pada Ahad.
Keadaan lori dipandu mangsa yang remuk selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori balak di KM158, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, pagi pada Ahad.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang pemandu maut selepas lori yang dipandu terbabit kemalangan dengan sebuah lori balak di Kilometer 158, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.59 pagi itu, mangsa, Sanussi Noor, 41, beralamat dari Marang, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindannya cedera di bahagian kaki.

Bagaimanapun, pemandu lori balak, C Ashvin Kumar, 27, dari Raub tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori balak yang dipandu Ashvin dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Mentakab.

Keadaan lori balak yang rosak pada bahagian belakang selepas dirempuh loribtiga tan dalam kemalangan di KM158, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, pagi pada Rabu.
Keadaan lori balak yang rosak pada bahagian belakang selepas dirempuh loribtiga tan dalam kemalangan di KM158, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, pagi pada Rabu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu itu menyedari sebuah lori Hicom-Perkasa tiga tan dari arah bertentangan hilang kawalan dan masuk ke laluannya.

"Difahamkan pemandu lori balak bertindak menekan hon beberapa kali sehingga terpaksa menghimpit lorinya ke bahu jalan bagi mengelak bertembung," katanya.

Mohd Yusri berkata, bagaimanapun bahagian belakang lorinya telah dilanggar lori berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Akibat kejadian, lori tiga tan tanpa muatan itu terbabas ke tepi tebing berhampiran menyebabkan pemandunya cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk proses bedah siasat manakala kelindan yang cedera dihantar menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang di sini.

Mohd Yusri berkata, kemalangan mengorbankan nyawa pemandu lori itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.