Azmin jawab desas-desus dilantik TPM

Azmin
Azmin
A
A
A

SUBANG - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai desas-desus bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Azmin berkata, beliau sedang menjalani rawatan sejak 1 Februari lalu dan tidak mengambil maklum mengenai perkara itu.

"Saya tak tahu sebab masa itu saya sedang berada di bawah General Anaesthesia (GA) selama empat jam. Jadi saya tak pasti apa berlaku di luar," katanya selepas Majlis Hi Tea Pemimpin bersama Srikandi PKR di Hotel Empure hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak dengar lagi ada rombakan Kabinet'

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan sebuah blog yang mendakwa beliau bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu selepas Tahun Baharu Cina.

Menerusi catatan blog itu juga, desas desus pelantikan Azmin itu dikuatkan lagi apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan pelbagai tugasan penting kepada Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga memaklumkan tidak menerima sebarang berita mengenai rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina itu.

Difahamkan, ini merupakan program pertama dihadiri Azmin selepas beliau menjalani pembedahan di sebuah hospital baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: