Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan setakat 9 malam ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, aliran trafik bergerak perlahan dari Terowong Menora ke Jelapang, Gua Tempurung ke Slim River dan dari Ipoh menghala Simpang Pulai di Lebuhraya Utara-Selatan.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik juga dilapor bergerak perlahan dari Terowong Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak di Lebuhraya Karak.

“Bagaimanapun, aliran trafik dilapor bergerak lancar di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2,” katanya.

Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: