Terima kasih, PAFA!

Mohd Zubir dan Noorhayati (bawah, kiri) mempamerkan tiket masing-masing.
Mohd Zubir dan Noorhayati (bawah, kiri) mempamerkan tiket masing-masing.
A
A
A

IPOH - Rata-rata penyokong bola sepak Perak berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berikutan pengagihan tiket-tiket percuma kepada penyokong bagi menyaksikan aksi Liga Super antara Perak dan Kedah di Stadium Perak, hari ini.

Seorang penyokong, Noorhayati Rusli 31 berkata, dirinya begitu gembira kerana berjaya memperolehi tiket bagi menyaksikan perlawanan kedua membabitkan skuad The Bos Gaurus itu musim ini.

Apatah lagi menurut Noorhayati, pemberian tiket berkenaan yang diagihkan secara percuma kepada penyokong dilihat sebagai satu langkah yang baik daripada Pafa.

"Alhamdulillah, hari ini saya berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan Liga Super antara Perak dan Kedah.

"Apa pun terima kasih kepada PAFA dan saya doakan pasukan Perak akan mengecapi lebih banyak kejayaan musim ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Noorhayati adalah antara penyokong Perak yang beratur panjang sejak kaunter penjualan tiket dibuka sekitar 9 pagi, semalam.

Sementara itu Mohd Zubir Nazir,31 berharap agar agihan tiket percuma itu akan dilaksanakan lagi selepas ini.

Katanya, biarpun terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan tiket, namun ia akan tetap dihargai oleh semua penyokong.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih kepada pihak pengurusan PAFA yang bagi tiket percuma kepada penyokong malam ini.

"Walaupun percuma, besar ertinya. Kepada pasukan Perak, semoga terus berjaya musim ini,” katanya.