Pelajar kolej maut digilis, diseret treler

Mangsa maut akibat mengalami kecederaan parah di kepala selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Pokok Mangga pada Selasa. Gambar kecil: Nurul Asyikin
Mangsa maut akibat mengalami kecederaan parah di kepala selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Pokok Mangga pada Selasa. Gambar kecil: Nurul Asyikin
A
A
A

MELAKA - Seorang pelajar perempuan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Pokok Mangga, di sini pada Selasa.

Nahas yang berlaku kira-kira jam 8.20 pagi itu, menyebabkan mangsa Nurul Asyikin Razali, 22, yang mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Nouvo LC dalam perjalanan dari arah Plaza Pandan Malim menuju ke lampu isyarat Pokok Mangga.

Motosikal Nouvo LC yang ditunggangi mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Pokok Mangga pada Selasa.
Motosikal Nouvo LC yang ditunggangi mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Pokok Mangga pada Selasa.

Bagaimanapun menurutnya, setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa telah bergesel di bahagian kiri treler terbabit menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan melanggar tong sampah di bahu jalan.

"Akibat pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikalnya lalu digilis dan diseret oleh kenderaan berat berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat mengalami kecederaan parah di kepala," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: